Jenayah

Pekerja kilang plastik berdepan tali gantung

mahkamah

KOTA BHARU – Seorang pekerja kilang plastik berdepan hukuman mati selepas didakwa atas tuduhan mengedar 81.1 gram dadah jenis methamphetamine di mahkamah majistret, di sini, hari ini.

Tuduhan terhadap Mohd Al-Amin Abdul Rahman,37, dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Al-Amin dituduh mengedar dadah dengan anggaran berat kasar 81.1 gram metamphetamine di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 1.50 petang, 15 Julai 2014.

Prosiding dijalankan di hadapan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed. Pada prosiding itu tiada pengakuan direkodkan.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan memohon tarikh sebutan lain untuk pengurusan kes.

Nasrudin menetapkan 2 September depan untuk tarikh berikutnya dan jaminan tidak dibenarkan.

Pada serbuan lalu, tertuduh ditahan ketika melalui balai pelepasan LTSIP untuk menaiki penerbangan ke Subang, Selangor.

Semasa pemeriksaan tubuh, pihak berkuasa mendapati sesuatu diselitkan pada bahagian pinggangnya sebelum dia bertindak melarikan diri ke tingkat atas.

Apabila berjaya ditahan, polis menjumpai dua bungkus plastik cerah berisi ketulan kristal yang dipercayai dadah bernilai RM16,800.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");