Perak Hari Ini

Majlis Belia Perak Rai 1,500 Anak Yatim, Golongan Asnaf

4

OLEH Siti Norain Usop/Gambar Ahmad Amirul Hakim Ahmad Zulkifli:-

Dianggarkan lebih 1,500 anak yatim, golongan asnaf dan belia dari seluruh Perak diraikan sempena majlis berbuka puasa anjuran Majlis Belia Negeri Perak bersama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di kediaman rasminya dekat Ipoh, lewat petang tadi.

Jumlah kehadiran tetamu melebihi jangkaan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur yang hanya menyasarkan 1,000 orang sahaja yang hadir.

Zambry turut kelihatan duduk bersila di atas tikar untuk berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Menurutnya, kehadiran tetamu di luar jangkaan kerana tidak menjangka begitu ramai yang hadir pada majlis tersebut.

“Saya tidak menyangka begitu ramai tetamu yang hadir dan saya minta maaf jika terdapat kekurangan dalam majlis ini.

“Terima kasih juga kepada semua kerana sudi hadir dan memeriahkan lagi majlis ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum berbuka puasa lewat petang tadi.

Sementara itu, menurut Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Hasnul Fairuz Hushin Amri, pihaknya turut menyampaikan bantuan hari raya untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh anak-anak yatim tersebut.

“Kira-kira 172 anak yatim dan golongan asnaf terpilih untuk menerima sumbangan hari raya.

“Sumbangan ini sekurang-kurangnya mampu mengurangkan beban yang ditangggung serta menceriakan mereka untuk membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi,” ujarnya.

Terdahulu, Zambry juga melancarkan Tabung Perak Silver Youth For Gaza untuk membantu penduduk Palestin yang ketika ini diserang oleh tentera Zionis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");