Perak Hari Ini

150 Penduduk Selama Terima Sumbangan Hari Raya Daripada MB Inc

Menteri Besar Incorporated (MB Inc) meraikan lebih 150 penduduk kampung sekitar Selama dalam satu majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan sempena Ramadhan 1435 M.

Majlis telah berlangsung di Masjid Al-Syukriah dekat Kampung Ulu Mengkuang Selama, petang tadi.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Aminudin Hashim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama, Datuk Daud Mohd Yusof.

Jelas Aminudin, penganjuran majlis berkenaan antara lain bertujuan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat MB Inc selain berkongsi kebaikan bersama semua.

“Hasil yang diterima perlulah dikongsi bersama dengan penduduk komuniti setempat,” katanya.

Selain itu, bulan Ramadhan turut dimanfaatkan bagi mengeratkan siraturrahim di kalangan penduduk, katanya.

Majlis itu merupakan penganjuran terakhir bagi siri berbuka puasa tahun 2014.

Daerah Selama antara lokasi yang terpilih selain Pengkalan Hulu, Changkat Jong, Lenggong, Trong dan Sungai Manik.

Sementara itu, pejabat DUN Selama turut menyampaikan sumbangan kotak makanan sumbangan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) kepada 80 penerima dari 20 kampung terpilih.

MB Inc turut menyumbangkan sejadah dan buah tamar kepada semua penerima sumbangan serta tetamu yang hadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");