Jenayah

Lelaki ditahan bantu siasat kes bunuh warga emas

gari 2

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang wanita warga emas yang ditemui mati di sebuah rumah di Jalan Union, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy, berkata, lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai jiran kepada mangsa.

“Lelaki itu ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan, kita turut merampas sehelai baju kemeja T dan seluar jeans miliknya yang ditemui ada kesan darah mangsa, kita masih menyiasat motif kejadian,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Swa Kim Chia, 71, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di bilik air rumahnya.

“Hasil pemeriksaan unit forensik menemui dua kesan tikaman pada badan mangsa.
“Siasatan awal daripada keterangan saksi pula mendakwa telah melihat suspek keluar daripada rumahnya mangsa sejurus selepas kejadian,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");