Membawang Hari Ini

Mawi temui resipi menjadi

mawi

Lagu ketuhanan diselit unsur rap kembali naikkan nama juara Akademi Fantasia 3

Berasakan percubaannya sebelum ini menerusi beberapa genre muzik seperti pop, pop rock dan Melayu Deli kurang menarik perhatian peminat, Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 2005-2007 cuba menampilkan kelainan dalam lagu ketuhanan terbaharu yang dirakam olehnya bersama Hazama dan Daly Filsuf.

Lagu yang diberi judul Al-Nuraa itu turut menyuntik unsur rap di dalamnya, yang disampaikan Daly.

Beliau mengambil pendekatan sedemikian melihatkan kepada sambutan cukup baik diberikan orang ramai terhadap lagu Al-Haq, sebuah lagi irama ketuhanan yang dinyanyikannya bersama artis serba boleh, Datuk AC Mizal.

Andainya Al-Haq menggandingkan dirinya bersama pengacara Maharaja Lawak Mega yang kini aktif bersama kumpulannya, ForUToC, Al-Nuraa pula sedikit berbeza apabila Mawi bekerjasama dengan dua artis daripada genre berbeza.
Andainya Hazama lebih kepada irama rock dan pop rock, Daly pula dikenali menerusi muzik hip hop.

Katanya, konsep sebegitu mampu menarik perhatian golongan muda terhadap lagu dakwah dan ketuhanan.

Mampu tarik golongan muda

“Kalau kita tengok lagu sekarang, banyak yang menggunakan elemen rap sebagai penyedap.

“Saya pula sebelum ini pernah mencuba membawakan lagu berentak pop, pop rock, balada dan Melayu Deli, tetapi sambutannya agak kurang. Apabila saya mengkaji balik perkara itu, rupa-rupanya pasaran muzik sekarang mahukan lagu sebegini. Semuanya berubah selepas saya dan AC muncul bersama lagu Al-Haq.

“Al-Haq dan Al-Nuraa pula bukan dua lagu yang sama. Penceritaannya berbeza, tetapi apabila dimasukkan elemen rap, ia memang menjadi dan lagu ini boleh saya katakan sebagai kesinambungan kepada lagu pertama tadi,” katanya ketika dihubungi HIP.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");