Sukan Hari Ini

Sukan Komanwel: Ayuni kembali membara

ayuni

Rayuan diterima selepas tarik diri kerana hilang jaket

Glasgow: Semangat penembak negara, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim terus membara selepas rayuannya untuk kembali beraksi diluluskan penganjur Sukan Komanwel, kelmarin.

Ayuni, 24, yang juga pemenang pingat emas Komanwel empat tahun lalu berpasangan dengan Nur Suryani Taibi dalam acara 10 meter air rifle di New Delhi, India menarik diri selepas kehilangan jaket menembaknya dalam perjalanan ke Scotland.

Insiden terbabit memaksa pasukan menembak negara tidak mendaftarkan namanya ketika tarikh akhir pendaftaran dalam acara menembak ditutup, Isnin lalu.

Pengurus pasukan, Datuk Musa Omar, berkata bukan sahaja moral Ayuni meningkat, malah keseluruhan skuad negara kini bersemangat untuk pemburuan pingat.

“Sebagai pengurus pasukan, saya ada mengemukakan rayuan kepada penganjur, tetapi rayuan saya ditolak.

Tetap berlatih
“Saya kemudian meminta jasa baik Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk mengemukakan rayuan yang tarikh tutupnya berakhir hari ini (semalam).

“Alhamdulillah, rayuan Ayuni untuk beraksi semula diluluskan penganjur, semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi di Dundee, semalam.

Beliau percaya penembak berasal dari Pahang dan pasangannya, Nur Suryani mampu melakukan sesuatu untuk skuad negara tatkala acara menembak bermula hari ini.

“Ketika menarik diri, Ayuni tetap menjalani latihan seperti biasa pagi dan petang di sini. Dia meminjam pakaian rakannya ketika menyertai latihan.

“Jadi sebaik mengetahui rayuannya diluluskan, dia berada dalam keadaan bersedia dan saya percaya dia boleh melakukan sesuatu buat skuad negara,” katanya.

Ayuni akan beraksi dalam acara 10m air rifle, esok sebelum melengkapkan penyertaannya dalam acara 50m rifle prone, Isnin nanti.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");