Jenayah

Tentera mati mengejut di rumah kem

azman

TAMPIN – Seorang tentera berpangkat sarjan di Kem Syed Sirajudin Gemas, dekat sini, dilaporkan mati mengejut selepas mengadu sesak nafas dan dikejarkan ke hospital kem berkenaan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa, Azman Busri, 42, dikejarkan ke hospital selepas isterinya, Nini Ishak, 27, menyedari suaminya dalam keadaan lemah selepas sukar bernafas serta nafasnya berbunyi kuat.

Menurutnya, suaminya tidak mempunyai sebarang penyakit dan dia juga terkejut apabila pertama kali melihat suaminya mengalami kesukaran bernafas.

“Semasa kejadian, saya berada di bilik air dan sedang membasuh kain. Saya dengar suami saya seolah-olah sukar bernafas dan segera pergi ke arah suami. Saya dapati suami saya pada masa itu berada dalam keadaan lemah dan segera meminta bantuan jiran untuk menghantar suami ke hospital.

“Bagaimanapun, suami disahkan meninggal dunia di hospital. Kami mempunyai dua anak perempuannya berusia tiga dan lima tahun,” katanya katanya ketika ditemui ditemui di Bilik Mayat Hospital Tampin, dekat sini, semalam.

Bagi adik mangsa, Mazlan Busri, 34, dua hari lalu dia ada menghubungi abangnya itu dan mereka sempat berjumpa kira-kira 15 minit di Pekan Bahau.

Menurutnya, jika diikutkan dia baru sebulan berpindah ke Bahau dan kali terakhir dia bertemu dengan abangnya itu adalah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman mereka di Kuching, Sarawak.

“Saya hubungi abang kerana hairan abang tidak menghubungi saya untuk bertanyakan sama ada saya pulang ke kampung atau tidak.  Kebiasaannya, setiap kali menjelang hari raya abang akan menghubungi saya.

“Bagaimanapun, pada tahun ini saya pula menghubungi abang. Abang mahu berjumpa dan semasa berjumpa abang berpesan kepada saya untuk tidak meninggalkan puasa memandangkan sudah tua,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori.

Arwah disemadikan di perkampungan isterinya di Bentong, Pahang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");