Jenayah

Berhimpit dalam tandas

bhimpit

IPOH – Sekumpulan wanita warga Vietnam yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) sanggup berhimpit dalam tandas semata-mata mahu mengelak daripada dicekup pihak berkuasa dalam serbuan sebuah pusat hiburan di Taman Medan Ipoh, di sini, Selasa lalu.

Ketua Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasa Imigresen Negeri Perak, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen II, Irwan Zahid berkata, dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak (JIM) melakukan pemeriksaan terhadap 18 individu dalam pusat hiburan terbabit.

“Ketika pemeriksaan dijalankan, kami menemui sekumpulan lebih 10 wanita berhimpit dalam tandas  premis berkenaan.

“Siasatan awal mendapati semua wanita terbabit disyaki menjalankan kegiatan tidak bermoral dan melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, daripada 18 individu yang diperiksa, hanya 13 daripada wanita warga Vietnam yang berusia lingkungan 18 hingga 32 tahun ditahan.

“Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Langkap, Teluk Intan, untuk siasatan lanjut,” katanya.

Turut ditahan dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun dipercayai menguruskan pusat hiburan berkenaan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");