Jenayah

Derita isteri tahi judi

isteri derita

ALOR SETAR – Seorang wanita mendakwa terpaksa menanggung derita apabila kerap dipukul suaminya di bilik sewa mereka di Jalan Shahab, Terminal Shahab Perdana, dekat sini.

Tidak tahan dipukul suaminya, wanita berusia 42 tahun dikenali Ani bertindak melarikan diri dari kediaman tersebut sebelum menumpang teduh di merata-rata tempat.

“Siapa suka apabila suami bermain judi 24 jam. Jadi, apabila saya membebel pada suami yang berusia 30-an, dia memukul kepala menggunakan tangan. Malah, saya pernah ditumbuk dan dilempang.

“Buat masa ini, saya menyewa sebuah bilik motel selepas dipukul beberapa hari lepas. Namun, saya pernah tidur merempat di stesen bas selepas dipukul olehnya,” katanya.

Meskipun ada mempertahankan diri selepas dipukul pada Rabu lepas, katanya, namun dia tidak mampu menahan tindakan agresif suaminya itu.

“Saya tidak marah, sebaliknya hanya meminta dia lebih bertanggungjawab untuk menyara kehidupan kami. Jikalau, barang keperluan sudah cukup, itu berbaloi,” katanya.

Katanya, dia yang menyara kehidupan mereka berdua sebagai pembantu kedai makanan, manakala suaminya tidak bekerja tetap dan bergantung pada pendapatannya semata-mata.

“Dulu, dia pernah bekerja, namun tidak menentu. Itu pun, dalam kedai judi terbabit. Apabila, dia menerima wang dia lupakan mengenai rumah tangga kami,” katanya.

Malah, suaminya tidak segan silu untuk memukul dirinya di khalayak ramai apabila dia pergi ke tempat kerja suaminya untuk memanggil lelaki terbabit sebelum ini.

Menurutnya, kali terakhir dia membuat laporan polis pada Disember tahun lalu selepas dipukul suami, namun belum melakukannya pada kali ini kerana sudah tidak larat.

Meskipun takut dipukul suami, namun dia sedia memberi peluang kedua buat suaminya untuk berubah demi kebahagiaan hidup mereka di masa depan.

Ani berkata, dia mengharapkan kehidupannya tidak lagi terumbang-ambing, malah mendapat pembelaan mana-mana pihak berkenaan supaya boleh menjalani kehidupan bahagia.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");