Jenayah

Taktik baharu seludup rokok

taktik seludup

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan menyeludup 18,000 bungkus rokok kontraband melalui taktik baharu di perairan Pulau Rimau dan Pulau Setindan, Mersing kira-kira jam 12 tengahari, kelmarin.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, sindiket berkenaan bertindak membuang rokok yang dibalut dengan plastik ke laut sebelum dipungut oleh bot laju sebagai taktik baharu digunakan.

Menurutnya, taktik itu dipercayai digunakan sindiket untuk mengelakkan aktiviti penyeludupan dikesan PPM selepas beberapa kali cubaan mereka berjaya dihidu dan dipatahkan PPM.

“Bertindak atas maklumat awam, PPM menjalankan operasi khas yang dijalankan PC9 dan PCS 47 berjaya mengesan sejumlah kotak yang dibalut dengan plastik terapung di laut perairan Pulau Rimau dan Pulau Setindan lebih kurang tiga kilometer dari pesisir pantai Mersing.

“Anggota bot ronda telah bertindak merampas kotak-kotak tersebut dan dibawa balik ke Pengkalan PPM Mersing untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Paul berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kotak-kotak berkenaan mengandungi rokok putih kontraband pelbagai jenis sebanyak 18,000 kotak dengan anggaran nilai keseluruhan termasuk cukai RM181,440.

Katanya, rokok putih berkenaan mempunyai permintaan tinggi di pasaran memandangkan rokok sah lain seperti Dunhill dan Salem dijual dengan harga yang mahal.

“Daripada 18,000 kotak yang dirampas, kita dapati 1,000 kotak rokok League Menthol Hijau 20 batang, manakala 5,000 lagi rokok John 20 batang dan 12,000 kotak rokok White juga 20 batang.

“Kita percaya kotak-kotak berkenaan dibuang pada waktu malam dan oleh kerana kehadiran PPMM, bot laju sindiket itu tidak boleh beroperasi sehingga anggota kita berjaya mengesan keadaan banyak kotak yang terapung di laut,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");