Laporan Eksklusif

Awasi pakar forensik

SMART

Kiev: “Kerja mengesahkan mayat mangsa perlu dibuat dengan berhati-hati bagi mengelak beg mengandungi mayat mangsa yang diberi pemberontak pro- Russia tiada sebarang bahan letupan.

“Kita kena mengambil kira nyawa pakar forensik yang menjalankan prosedur penyiasatan mangsa nahas (DVI)”, kata Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Leftenan Kolonel Mohd Sukri Hussain.

Beliau berharap dapat membawa sekurang-kurangnya 40 mayat keluar dari Kharkev untuk dihantar ke Pangkalan Udara Hilversum, Belanda dalam tempoh terdekat.

“Proses DVI ini perlu dijalankan secara berhati-hati demi keselamatan dan proses ini dibuat pakar forensik terlatih daripada Malaysia dan Belanda. Mereka ini mahir dalam pengendalian mayat mangsa bencana dan memahami prosedur pengurusan mayat dan cebisan manusia,” katanya.

Menurutnya, proses DVI itu dikendalikan pakar forensik Kor Kesihatan Diraja, Kementerian Kesihatan Malaysia, PDRM yang masing-masing diketuai Dr Mohd Shah Mahmood, Datuk Dr Mohd ilham Haron dan Asisten Komisoner Hussein Omar Khan.

Katanya, Pasukan Khas Penyelamat dan Bencana Malaysia (SMART) juga satu-satunya pasukan luar yang dibenarkan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah berada di lokasi pengumpulan mayat berikutan kemahiran mereka mengendalikan mayat yang tidak terurus.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");