Membawang Hari Ini

Sejam bermakna

SHAHEIZY Sam

Kuala Lumpur: “Sebenarnya saya terharu Allah bagi peluang kepada saya bawa watak Adnan Sempit. Alhamdulillah, saya cuba jadi yang terbaik dan idola kepada semua kanak-kanak termasuk adik Iqbal sendiri.”

Demikian luahan pelakon popular Shaheizy Sam, 32, yang sebak melihat penderitaan peminat ciliknya, Muhammad Iqbal Zufri Muhammad Khairil, 6, yang menghidap kanser saraf atau neuroblastoma tahap empat ketika mengunjunginya, malam kelmarin.

Sam berkata, masa yang diluangkan bersama Iqbal adalah pengalaman istimewa yang menguatkan jalinan kasih sayang sesama manusia.

“Saya pernah jumpa kanak-kanak sakit, tapi yang betul-betul serius inilah yang pertama kali.

“Apatah lagi bila diberitahu dia amat meminati watak Adnan Sempit yang saya lakonkan, ia lebih menyentuh perasaan.

“Saya percaya pada kasih sayang dan itu adalah kekuatan yang buat dia terus bertahan sehingga kini,” katanya ketika ditemui di majlis pertemuan ekskusif kanak-kanak malang itu dengan idolanya di restoran Sari Ratu di sini, malam kelmarin.

Majlis moreh anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Kota Melaka yang diketuai Abdul Razak Abd Rahman itu turut dihadiri ibu bapa dan dua adik Iqbal, pelakon Fezrul Khan dan media.

Pertemuan itu diaturkan bagi memenuhi permintaan Iqbal yang mahu berjumpa idolanya, Sam.

Iqbal yang berasal dari Kampung Morten, Melaka mulai menderitai penyakit itu sejak setahun lalu menyebabkan kepalanya membesar.

Penderitaan anak sulung itu pernah dilaporkan dalam Harian Metro pada 14 Julai lalu.

Sam berkata, walaupun tidak dapat berbual dengan Iqbal yang keletihan dan tertidur, dia mendoakan agar penderitaan kanak-kanak itu dipermudahkan Allah.

“Sebenarnya dia dalam keadaan yang penat, lemah dan tak sihat.

Jadilah, dapat dukung sekejap dan selebihnya dia hanya baring dan tidur.

“Bagi saya, dapat luang masa dalam sejam dengannya adalah sesuatu yang cukup bermakna,” katanya.

Sementara itu, bapa Iqbal, Muhamad Khairil Muhammad Rashid berkata, pertemuan itu adalah satu kegembiraan buat anaknya yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Malam tadi dia penat sangat jadi tak larat bercakap.

Lagi pun dia memang diam sikit kalau di depan orang.

“Tadi (semalam) dia ada bisik pada saya macam tak percaya dapat jumpa idolanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");