Laporan Eksklusif

‘Kami memang ada BUK’

Khodakovsky

Donetsk: Pemimpin pemberontak Ukraine mengesahkan bahawa pemberontak pro-Russia mempunyai sistem pertahanan udara antipesawat jenis BUK seperti didakwa Amerika Syarikat sebelum ini dan dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia MH17, Khamis minggu lalu.

Dalam temu bual dengan Reuters, Alexander Khodakovsky yang juga komander Batalion Vostok mengakui buat kali pertama selepas pesawat itu ditembak jatuh bahawa kumpulan pemberontak mempunyai kelengkapan persenjataan pertahanan seumpama itu termasuk peluru berpandu.

Malah, sebelum pesawat itu ditembak jatuh, pemberontak menyatakan sistem pertahanan udara berkenaan boleh menembak jatuh pesawat pada kedudukan tinggi, namun selepas tragedi itu, Republik Rakyat Donetsk berulang kali menafikan memiliki sistem pertahanan berkenaan.

Sehingga hari ini, tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab terhadap tragedi itu yang mengorbankan 298 orang termasuk 15 anak kapal.

Khodakovsky menuduh pihak berkuasa Kiev sengaja melakukan provokasi dengan melepaskan peluru berpandu hingga memusnahkan pesawat berkenaan dan mendakwa mereka sengaja melancarkan serangan udara di kawasan itu.

“Saya tahu BUK datang daripada Luhansk. Pada masa itu, saya diberitahu peluru berpandu itu milik Luhansk Republik Rakyat (LNR). Saya rasa mereka sudah menghantar balik sistem pertahanan itu untuk menghapuskan bukti pembabitan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");