Jenayah

Ditahan ‘pelanggan’

tahan

Pokok Sena: Seorang wanita tidak menyangka lelaki yang hadir di rumahnya anggota polis yang menyamar sebagai pelanggan untuk menahan anaknya selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan menjual mercun dan bunga api di sebuah rumah di Kampung Telok Jamat, Mukim Tualang di sini, kelmarin.

Serbuan pada jam 10.45 malam itu dilakukan sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah diketuai Inspektor Mohd Nasrul Faiz Suaid selepas menerima maklumat awam dan melakukan risikan.

Difahamkan, ibu suspek berasal dari Thailand, tetapi mempunyai taraf penduduk tetap (PR) di negara ini dan menjadikan rumahnya sebagai stor simpanan mercun dan bunga api selepas dibawa masuk dari Dannok, Thailand oleh saudara mereka.

Pegawai Turus D7 IPK Kedah Asisten Superintendan Mohd Fauzi Yusof berkata, pihaknya terpaksa menyamar sebagai pelanggan untuk membeli mercun dan bunga api di rumah berkenaan dipercayai dijadikan sebagai stor simpanan.

“Ibu suspek berusia 50-an yang tidak menyangka kehadiran pihak berkuasa menjemput kami masuk ke dalam rumah untuk memilih mercun dan bunga api diletakkan di merata tempat seperti di dalam bilik, ruang tamu dan dapur.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");