Jenayah

Tiga didakwa miliki barang curi AS$1.5j

Klang: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang, hari ini atas tuduhan memiliki sebuah kontena yang mempunyai cakera keras bernilai AS$1.5 juta (RM4.77 juta), 18 Julai lalu.

Tertuduh Mohd Khairul Nizam Halimin, 28; Zaireen Irwan Yahaya, 39 dan Mohd Ferdaus Yusoff, 30, didakwa melakukan kesalahan itu jam 10 malam di Jalan Sellathevan Off Jalan Kampung Jawa, Seksyen 36, Shah Alam.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan denda atau keduanya.

Timbalan Pendakwa Raya Farag Wahida Md Nor memohon mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap semua tertuduh kerana nilai barangan curi yang dimiliki adalah tinggi.

Majistret Tasnim Abu Bakar menetapkan wang jaminan sebanyak RM17,000 bagi setiap tertuduh dan mereka dikehendaki melaporkan diri pada Sabtu pertama setiap bulan di Balai Polis serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");