Membawang Hari Ini

Ada Hikmah Di Sebalik Pemergian Ibu – Shiqin Kamal

shiqin 1

PETALING JAYA: Pelakon Shiqin Kamal mengakui kehilangan ibunya, Khatijah Bee, 67, pada 18 Julai lalu akibat penyakit usus membuatkan dia tidak bersemangat untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.

Shiqin atau nama sebenar Nur Ashiqin Mohd Kamal, bagaimanapun mengambil pendekatan untuk bersikap positif dan menganggap pemergian ibunya itu mungkin ada hikmah di sebaliknya. Memikirkan perkara itu, dia mengambil keputusan untuk menyambut Hari Raya bersama enam adik beradiknya yang lain.

“Siapa yang tak sedih apabila ibu sudah tiada. Jujur memang saya tidak ada ‘mood’ nak raya tetapi kita kena ingat, setiap yang hidup pastinya akan pergi.

“Dan kita yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan seperti biasa. Walaupun sedih, saya mengambil sikap positif untuk melalui hari-hari seterusnya.

“Jadi untuk Hari Raya pertama, saya dan adik beradik akan sambut di rumah ibu di sini,” katanya.

Sementara itu, Shiqin memberitahu, dia baru sahaja menghabiskan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Katanya, dia berhasrat memberi fokus sepenuhnya di bidang lakonan untuk mengukuhkan namanya sebagai seorang pelakon.
“Sebelum ini saya tidak kerap muncul kerana sibuk dengan pengajian. Tetapi sekarang ini saya boleh memberi komitmen sepenuhnya di bidang lakonan.

“Selain fokus dalam kerja lakonan, mungkin juga saya akan menyambung pelajaran di bidang seni lakon pada masa akan datang untuk mengukuhkan kerjaya saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shiqin bakal membintangi filem Warna Cinta Impian bersama pelakon Awie, Erra Fazira dan Nellydia Senrose yang akan memulakan penggambaran pada Ogos depan di sekitar Kuala Lumpur, Jaipur di India dan Brisbane, Australia.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");