Jenayah

Kastam rampas dadah RM3,000

dadah

Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas satu kilogram dadah jenis ganja bernilai RM3,000 dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Papar Baru, Isnin lalu.

Pengarah JKDM Sabah Datuk Janathan Kandok berkata, dalam serbuan itu, anggota JKDM Sabah turut menahan seorang lelaki dan wanita berusia 31 dan 30 tahun bagi membantu siasatan.

“Serbuan pertama menahan suspek lelaki di kawasan pengsapuri di Jalan Papar Baru dan merampas satu bungkusan dipercayai dadah jenis ganja.

“Hasil soal siasat lelaki terbabit sekali lagi melakukan serbuan di sebuah pangsapuri dan menahan seorang lagi suspek wanita,” katanya dalm sidang media di pejabat JKDM Sabah, di sini sebentar tadi.

Katanya, hasil serbuan itu, anggota JKMD Sabah merampas sebanyak satu kilogram dadah jenis ganja.

“Kedua-dua suspek dan rampasan dibawah ke pejabat kastam Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");