Jenayah

Lari libas parang

kenderaan

Gombak: Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis kerana aktif melakukan samun di sekitar Gombak dan Damansara sejak tiga bulan lalu diberkas di stesen minyak di Serendah, Hulu Selangor, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.40 petang, suspek berusia 26 tahun bersama tiga rakannya dikatakan memberhentikan kenderaan jenis Proton Waja di stesen minyak berkenaan selepas dipercayai selesai menyamun seorang mangsa di kawasan Serendah beberapa jam sebelum itu.

Menurut sumber, bertindak atas laporan, sepasukan anggota polis dari Unit Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berjaya mengesan suspek dan mengepung mereka.

“Panik dengan situasi itu mereka cuba melarikan diri dengan bertindak agresif melibas parang ke arah beberapa anggota polis yang melakukan kepungan sebelum salah seorang daripada mereka ditahan dan tiga yang lain meloloskan diri ke dalam belukar,” kata sumber itu.

Sumber memberitahu, hasil pemeriksaan ke atas kereta suspek mendapati kenderaan terbabit dilaporkan disamun di kawasan Jinjang dan polis turut menemui beberapa bilah parang di dalam but dipercayai digunakan untuk tujuan samun.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");