Membawang Hari Ini

Lebih segar dan ‘catchy’

the jespers

MENAMBAH keceriaan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, band indie yang menggelari diri mereka sebagai, The Jespers tampil dengan lagu raya berjudul Menyambut Hari Raya.

Lagu ciptaan penuh vokalisnya, Nash yang memaparkan muzik segar dan catchy memenuhi cita rasa semua pendengar sekali gus memeriahkan lagi suasana hari lebaran yang bakal tiba.

“Dari dulu lagi saya memang mengimpikan untuk menghasilkan lagu raya bagi tatapan semua.

“Selepas hampir enam tahun bermain muzik, akhirnya saya diilhamkan dengan Menyambut Hari Raya.

“Berdasarkan rentak dan lirik lagu yang diselitkan elemen-elemen kemeriahan sambutan di hari perayaan, kami yakin lagu ini mampu menarik minat semua golongan dan bukan sahaja pada perayaan Aidilfitri pada kali ini, malah juga  masa akan datang,” katanya.

Band yang sedang meningkat popular ini dianggotai oleh tiga pemuzik berbakat iaitu Nash (selaku vokalis utama dan gitaris), Muiz (pemain bass) dan Peakay (pemain drum) telah pun ditubuhkan seawal tahun 2009.

Biarpun kali pertama menghasilkan lagu raya, respons yang diterima nyata tidak mengecewakan apabila ia mendapat hampir 1000 tontonan dalam masa dua hari selepas lagu itu dilancarkan di YouTube dan Facebook.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");