Perak Hari Ini

Jualan Biskut Raya Masih Menggalakkan: Peniaga

Tidak lengkap rasanya sambutan Hari Raya Aidilfitri tanpa hidangan kuih raya terhidang di meja untuk disajikan kepada para tetamu tidak kira sama ada kuih tradisional atau moden seperti tart nanas dan ‘almond london’.

Di Ipoh, gerai menjual biskut raya yang dikendalikan Shamir Jamedin Shahruddin, 23, tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan sejak dari jam 10 pagi hingga lewat malam di sepanjang bulan Ramadhan.

Bercakap kepada Peraktoday.com.my, beliau berkata, gerai itu dibuka sejak awal Ramadhan lagi.

PERAK TODAY 3

“Kami beroperasi sejak awal Ramadhan lagi iaitu dari jam 10 pagi hingga lewat malam,” katanya.

Lokasi gerai yang terletak berhadapan pasar raya Angsana Mall, dekat Greentown itu juga mudah dikunjungi kerana ia terletak di tepi jalan utama.

Pelanggan pastinya tertarik dengan susun atur biskut raya yang berbagai jenis dan berwarna-warni.

PERAK TODAY 4

Katanya lagi, beliau menjual pelbagai jenis kuih yang pastinya dapat memenuhi citarasa pembeli selain dijual pada harga yang berpatutan.

“Gerai ini menjual lebih 20 jenis biskut raya antaranya tart nanas, semperit, almond london serta makmur,” tambahnya lagi.

Setiap bekas dijual pada harga RM18 dan sekiranya pelanggan membeli tiga bekas sekaligus, mereka hanya perlu membayar RM50 sahaja, katanya lagi.

Tambahnya, bekalan kuih raya tersebut diperolehi daripada sebuah kilang di Selangor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");