Jenayah

Berlanggar dengan kereta Fizo Omar

berlanggar

KUALA KRAI – Seorang wanita tersepit di tempat duduk penumpang bahagian hadapan apabila kereta dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan kereta milik pelakon, Wan Hafizol Wan Omar, 29 atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar, kelmarin.

Kejadian berlaku pada petang kelmarin berhampiran stesen minyak Taman Daskoh, di sini, dan turut membabitkan sebuah lagi kereta.

Kereta jenis Proton Iswara dinaiki wanita terbabit mengalami kerosakan teruk, sementara kereta jenis Audi RS5 milik Fizo rosak pada bahagian depan manakala pemandu serta dua penumpangnya selamat.

Pegawai Bomba Kanan II Che Razak Harun dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada kira-kira jam 1.48 petang.

“Ketika kami tiba di lokasi kejadian, hanya seorang wanita didapati tersepit di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang dinaikinya.

“Pasukan bomba mengambil masa selama 15 minit untuk mengeluarkan wanita terbabit daripada kereta berkenaan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Pemandu Iswara Aeroback terbabit turut mengalami kecederaan tetapi berjaya dikeluarkan lebih awal oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Beliau turut memaklumkan bahawa kereta milik Fizo dinaiki tiga orang, iaitu dua wanita dan seorang lelaki.

Sementara itu, dalam laman Twitternya, Fizo memaklumkan bahawa dia dan isterinya, Mawar Abdul Karim, 25, tidak berada dalam kereta tersebut pada masa kejadian.

“Alhamdulillah, Fizo dan Mawar baru saja sampai di KB, Fizo dan isteri tiada dalam kereta semasa kejadian,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");