Jenayah

Murtad: Laporan portal palsu cubaan bunuh karakter

murtad

SHAH ALAM – Tindakan sebuah portal palsu menyiarkan laporan yang mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menukar agama ke Kristian Katolik minggu lalu disifatkan sebagai ‘character assassination’ (pembunuhan karakter) terancang.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

“Sebagai NGO yang mempertahankan Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan, hal ini adalah sesuatu yang amat berat dengan tuduhan yang langsung tidak berasas.

“Bukan menuding kepada mana-mana pihak, tetapi Perkasa Selangor melihat mainan media asing untuk memainkan sesuatu isu yang langsung tidak masuk akal,” dakwanya.

Ekoran itu, Perkasa Selangor tampil membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, awal pagi tadi.

Semalam, laman web palsu ‘World News Daily Report’ mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna internet apabila laporannya mendakwa Tengku Amir Shah menukar agama ke Kristian Katolik minggu lalu.

Ekoran itu, pihak polis sedang menjejak individu yang bertanggungjawab menimbulkan kucar-kacir dengan mendakwa Raja Muda Selangor itu sebagai murtad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjejak individu terbabit bagi membantu siasatan kerana dakwaan sedemikian boleh menggugat keamanan.

Menurutnya, ini merupakan perbuatan yang menjijikkan oleh seorang yang menggunakan media sosial.

Tambah Khalid, pihak istana sudah pun memaklumkan kejadian berkenaan dan menafikan perkara tersebut.

Mengulas perkara sama, Abu Bakar menambah, sebagai rakyat yang bertanggung jawab, Perkasa Selangor berharap persoalan ini dirungkai segera dan membawa mereka yang sepatutnya ke muka pengadilan.

“Dalam masa sama, mungkin injuksi mahkamah perlu digunakan bagi melarang semua pihak terus memanjang perkara ini.

“Perkasa Selangor memandang berat jika isu institusi kesultanan tidak sewajarnya dipolitikkan dan dijadikan modal berpolitik yang menguntungkan pihak tertentu sehingga sanggup menjatuh serta memburuk pihak lain,” dakwanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");