Galeri, Perak Hari Ini

Lemang Gabungan Laris Terjual

Juadah lemang merupakan makanan wajib sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Menurut pengusaha gerai Lemang Bergabung yang dikenali Nizam, jualan lemang sangat laris terutamanya di penghujung Ramadan. Gerai ini terletak di tepi jalan berhadapan Pasarayaku dekat Tambun. Setiap batang lemang dijual dalam lingkungan harga antara RM15 hingga RM20 mengikut saiz. Nama gerai itu dipilih sempena gabungan ahli kumpulan yang bersama-sama berniaga lemang di kawasan berkenaan. Gambar oleh Ahmad Amirul Hakim Ahmad Zulkifli.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");