Jenayah

Heret penembak MH17

perhimpunan aman

BANDARAYA MELAKA – Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) segera bertindak terhadap pihak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17.

Sambil mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan ini, Presiden DMDI, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, pemimpin dunia juga perlu memainkan peranan mereka supaya pihak terbabit diheret ke muka pengadilan dengan secepat mungkin.

“Kita mendesak supaya satu badan penyiasat antarabangsa yang bebas ditubuhkan Majlis Keselamatan PBB bagi memaksa, bertindak, mengheret ke muka pengadilan serta menghukum yang bertanggungjawab atas nama keadilan.

“Seluruh masyarakat dunia menuntut serta melihat kepada Majlis Keselamatan PBB supaya keadilan ini dapat diberikan (kepada mangsa) selain tindakan keras diambil terhadap yang bertanggungjawab,” katanya selepas menyertai perhimpunan aman anjuran Belia, Pemuda, NGO negeri Melaka dengan kerjasama DMDI di hadapan Masjid Al-Azim selepas solat Jumaat semalam.

Mohd Ali turut meminta semua pemimpin dunia berdiri bersama bagi membolehkan keadilan diberikan kepada semua mangsa MH17 serta keluarga mereka.

Ini, katanya, termasuklah membantu dalam usaha penghantaran pulang mayat mangsa ke tanah air masing-masing untuk penghormatan dan disemadikan.

“Seluruh dunia bersedih dan berkabung atas apa yang berlaku. Sehubungan itu, keadilan mestilah diberikan kepada setiap mangsa dan keluarga mereka,” katanya.

Sementara itu, pada perhimpunan aman tersebut, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, meskipun perhimpunan dianjurkan secara ringkas, namun ia membawa pengertian cukup besar dalam menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin.

“Saya yakin masyarakat antarabangsa melihat tindakan keji Israel ini sebagai satu yang tidak bertamadun sekali gus membangkitkan kemarahan semua tanpa mengira batasan kaum, agama yang bersatu menyatakan sokongan terhadap masyarakat Palestin ini,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");