Membawang Hari Ini

Forteen terima banyak undangan

forteen5

Sukar untuk menafikan aura kumpulan empat anak muda yang menggelarkan diri mereka Forteen ini. Bukan saja bersandarkan paras rupa kacak dan bergaya, sebaliknya Forteen juga berbakat besar dalam bidang nyanyian. Ramai yang mula membuka mata dengan Forteen apabila mengungguli kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu menerusi Seperti Dulu pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19 lalu.

Tidak cukup dengan itu, Forteen yang mencipta nama menerusi lagu Berdua Bersatu itu turut berjaya membuat lebih 1,000 peminat ‘histeria’ menyaksikan persembahan mereka dalam Konsert Kita 20Forteen yang berlangsung di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, sebelum ini.

Forteen yang ditubuhkan tiga tahun lalu dan bernaung di bawah KRU Music dianggotai Izzue Islam, 24, Saiful Ridzuan Abd Hamid (Ariz), 23, Mohammad Arif Ameerais Azhar (Ameer), 22, dan Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One), 23.

Pada sesi fotografi raya eksklusif RAP bersama kumpulan popular ini yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini, empat anggota Forteen turut berkongsi cerita sambutan dan kenangan Syawal masing-masing khusus untuk peminat setia mereka.

Sambutan Aidilfitri Izzue dan isterinya, Nurinafilah Waharudin atau mesra disapa Awin Nurin lebih bermakna tahun ini kerana mereka bakal beraya di rumah baru di Klang, Selangor.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");