Membawang Hari Ini

Raya di Makkah

shamsul farah

Ketika artikel ini ditulis, pasangan suami isteri ini sudah berangkat ke Tanah Suci Makkah mengerjakan umrah serta menyambut Aidilfitri di sana.

Pada hari pernikahan mereka pada 29 Mac lalu, pasangan sama cantik dan sama padan iaitu pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, 30, dan pelakon Puteri Sarah, 29, ada menyuarakan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Makkah menunaikan umrah, sekali gus meraikan bulan madu mereka.

“Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar. Apa yang
membuatkan saya dan isteri bertambah gembira kami bukan saja berpeluang mendapatkan keberkatan 10 Ramadan terakhir di sana tetapi tahun ini juga buat pertama kali kami berdua menyambut Aidilfitri di Makkah.

“Saya sendiri sangat teruja menantikan detik ini kerana suasana di Makkah walaupun bukan musim perayaan atau Ramadan terlalu indah serta mendamaikan hingga tak mampu diungkap dengan kata-kata,” kata Syamsul sebelum berangkat ke sana bersama isterinya, minggu lalu.

Syamsul berkata, dalam gembira menyambut Aidilfitri di Makkah, pastinya mereka juga akan merindui untuk beraya dengan keluarga masing-masing. Sehubungan itu, mereka akan meraikannya bersama keluarga kedua-dua belah pihak di sini apabila pulang nanti.

Mengakui lebaran kali ini lebih bermakna kerana kali pertama meraikannya sebagai seorang suami, Pengarah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 itu berkata, sama seperti pasangan suami isteri yang lain, dia dan Sarah juga bermusyawarah dalam menentukan destinasi perayaan kali ini.

“Masing-masing kali pertama beraya jauh dengan keluarga, jadi kami berdua mengambil pendekatan untuk duduk berbincang, rumah sebelah keluarga mana dulu patut kami kunjungi.

“Alhamdulillah, Sarah jenis mengikut saja dan bersetuju ke sebelah pihak saya dulu. Cuma dari segi persiapan sederhana saja kerana kami beraya di Makkah,”
katanya.

Aktif mengarah kembali

Sekembalinya daripada cuti beraya nanti, anak sulung produser filem terkenal, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail ini bercadang untuk kembali aktif mengarah selepas seketika mengalami zaman murung.

Syamsul sebelum ini pernah memencilkan diri gara-gara terlalu kecewa filem KL Gangster 2 dicetak rompak sebelum sempat menjengah pawagam.

Kekecewaan itu mendorong dia melakukan protes apabila tidak menghadiri tayangan perdana filem itu pada 3 Oktober tahun lalu.

“Saya sudah okay dan Insya-Allah kembali bersemangat untuk kembali mengarah. Kalau ikutkan pun, saya baru saja selesai mengarahkan filem Munafik.

“Munafik adalah filem seram kedua saya selepas Khurafat. Saya pilih untuk mengetengahkan filem bergenre seram ini kerana sebelum ini saya sudah buat filem aksi.

“Saya bertukar angin sementara waktu untuk memastikan setiap keluaran filem arahan saya berbeza-beza dan tidak terikat dengan satu genre saja.

“Tambahan pula, Munafik bukan filem yang hendak menakutkan penonton tetapi ada banyak perkara berunsur pengajaran yang baik di dalamnya,” katanya.

Syamsul berkata, dia percaya ada banyak cara untuk menjalankan tanggungjawab sosial dan sebagai pengarah, ia boleh dilakukan menerusi filem dengan menyampaikan mesej yang baik kepada penonton dan masyarakat.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");