Jenayah

Seorang Rakyat Malaysia Cedera Kejadian Letupan Bom Di Yala

betong

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia cedera dalam kejadian letupan bom kereta di luar sebuah hotel di Yala, selatan Thailand pada Jumaat.

Jurucakap Wisma Putra memberitahu Bernama, pihak Kementerian Luar masih menunggu laporan dari kedutaan Malaysia di Thailand mengenai kejadian itu.

“Kita masih menunggu laporan lanjut mengenai identiti individu tersebut. Kita akan sentiasa memaklumkannya,” katanya.

Saluran media antarabangsa dan tempatan di Thailand melapor dengan memetik pihak polis sebagai berkata tiga orang terbunuh sementara 40 orang cedera dalam letupan itu.

Polis Thailand dipetik sebagai berkata sebuah bom yang diletak di dalam kereta meletup di hadapan hotel Holiday Hill kira-kira 4 petang waktu tempatan di kawasan yang dipenuhi pelancong dan orang ramai.

Siasatan kejadian sedang dilakukan.

-MSTAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");