Berita Hari Ini

Kariah masjid bertanggungjawab imarah masjid

raja muda perlis

PADANG BESAR – Setiap anggota kariah masjid bertanggungjawab membantu pegawai dan jawatankuasa masjid mengimarahkan institusi masjid, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda persepsi bahawa tanggungjawab itu hanya terletak pada bahu pegawai dan jawatankuasa masjid sahaja termasuk pemeliharaan fizikal dan keceriaan masjid hendaklah diubah sebaliknya dilaksanakan secara kolektif.

“Andainya budaya seperti ini dihidupkan pastinya setiap individu akan merasakan masjid sentiasa di hati sehingga menjadi keperluan dalam kehidupan mereka untuk selalu berulang-alik antara rumah dan masjid,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah merasmikan masjid Al-Muttaqin Kampung Padang Besar, Kurung Anai dan menyampaikan sumbangan kepada asnaf yang layak sumbangan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) di sini, semalam.

Berangkat sama pada majlis itu, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIP bertitah keunggulan dan keagungan fungsi institusi masjid dapat dipromosikan sekiranya usaha memperindahkan masjid, kebersihan dan kemesraan jemaah dititikberatkan.

“Adalah baik pengurusan masjid mewujudkan ruang atau bilik khas, mempamerkan sejarah, misi, visi dan fungsi masjid selain jawatankuasa termasuk imam, bilal dan siak memakai seragam untuk meningkatkan imej masjid,” tambah baginda.

Di samping itu perhatian kepada golongan kurang bernasib baik seperti fakir miskin, warga emas, anak yatim dan saudara baharu di setiap kariah masjid akan dapat tingkatkan lagi imej dan fungsi sebenar masjid, jelas baginda. – Bernama

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");