Membawang Hari Ini

Gafim dipinggirkan?

gafim

GABUNGAN Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), ditubuhkan pada 1985, oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bertujuan untuk kerja-kerja penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM).

Namun, sepanjang penganjuran FFM sehingga tahun lalu, Gafim hanya berpeluang menganjurkan acara berprestij itu sebagai penganjur tunggal untuk tujuh kali sahaja.

Walaupun berdepan dengan pelbagai bentuk konflik, kontroversi dan permasalahan dalaman, namun Gafim masih lagi berperanan sebagai penganjur bersama Finas.

Pun begitu, untuk penganjuran ke 26 yang dijangka bakal berlangsung pada September ini, Gafim dikejutkan dengan keputusan Finas yang mahu menjadi penganjur tunggal dengan kerjasama Gafim dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) sahaja.

Keputusan Finas memberi pukulan hebat buat Gafim yang selama ini bertungkus-lumus dalam menjayakan FFM dengan penuh gemilang.

Presidennya Jurey Latiff Rosli, berkata, Gafim tidak pernah menarik diri daripada penganjuran FFM dan keputusan Finas amat mengejutkan.

Malah, hasil mesyuarat induk yang diadakan pada Rabu lalu, jelas memberitahu bahawa semua acara yang melibatkan FFM26 akan diketuai Finas.

“Saya tidak menghadiri mesyuarat induk itu dan mewakilkan Timbalan Presiden, Khir Mohd Noor. Namun, hasil mesyuarat itu, Gafim sendiri tidak tahu apa peranan sebenar dalam FFM26.

“Apa maksud kerjasama? kami tidak diserahkan apa-apa tugas! Finas panggil hanya untuk memaklumkan senarai jawatankuasa penuh majlis dan nama-nama pegawai Finas yang menerajuinya.

“Namun, kita meminta agar nama Gafim dikeluarkan dan digantikan dengan kerjasama semua persatuan industri. Apa pun, kita akur kerana sudah penat untuk bergaduh dan mempertahankan hak. Biarlah mereka buat apa pun kerana mereka mengeluarkan bajet dan menjaga kepentingan industri,” katanya lagi.

Agih sumbangan raya

Walaupun berdepan dengan beberapa masalah termasuk kewangan, namun ia bukanlah halangan untuk Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), tampil menghulurkan bantuan.

Bertempat di Dataran Karyawan Finas, Gafim dan ahli jawatankuasa turut berkumpul bersama dalam menjayakan majlis sumbangan Hari Raya, Selasa lalu.

Dalam majlis itu, Gafim turut memberikan sumbangan kepada 18 artis veteran dan pekerja filem untuk keperluan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

Antara penerima sumbangan itu termasuk Seniwati Mariani, Latiff Borgiba, Karim Latif, Mimi Loma, Hamid Gurkha, Kamal Pendek, Tamam Idris, Enot dan balu kepada penulis skrip, Martias Mohd Ali.

Jelas Jurey, ini adalah kali pertama Gafim mengadakan acara seperti ini dengan mengagihkan sumbangan kepada artis veteran yang memerlukan.

“Kami menerima nama-nama mereka daripada persatuan di bawah Gafim. Malah, pemilihan ini dibuat berdasarkan faktor kewangan, usia, kesihatan dan sumbangan kepada industri.

“Saya sangat terharu kerana kesemua penerima berjaya hadir walaupun berada di luar daerah Lembah Klang. Saya juga berterima kasih kepada syarikat penerbit filem dan ahli perniagaan yang turut memberi sumbangan kepada penerima.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");