Jenayah

TFVM nafi jual ayam tidak halal

tfvm

JERANTUT – Pihak pengurusan Pasaraya Tong Fatt Value Mart (TFVM) menafikan khabar angin di media sosial Facebook yang menyatakan ayam segar yang dijual di premis berkenaan tidak halal.

Pengurus pasaraya TFVM cawangan Jerantut, Lim Tian Loi berkata, ayam yang dijual di pasar raya berkenaan telah disahkah halal oleh Pejabat Agama Islam (Paid) Jerantut malah pembekal ayam mempunyai sijil halal yang dikeluarkan pihak berwajib.

Menurutnya, pihak TFVM mendapatkan bekalan ayam daripada pembekal dari Kuantan serta Melaka dan menjelang musim perayaan ini pihak TFVM telah mendapatkan bekalan ayam mencecah enam tan.

“Pihak TFVM mengambil berat berkaitan isu halal tambahan pula majoriti pelanggan kami terdiri daripada kaum Melayu beragama Islam.

“Kami juga tidak pernah menerima sebarang aduan mengenai status halal penyembelihan ayam yang dijual dan diharap perkara ini dapat mengembalikan kepercayaan pelanggan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, wakil Pejabat Agama Islam Daerah (paid) Jerantut mengesahkan ayam yang dijual di TFVM cawangan Jerantut disahkan halal ketika operasi pemantauan Skim Harga Barang Musim Perayaan 2014 dilakukan bersama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (PPDNKK) serta Jabatan Veterinar.

“Kita sentiasa peka dengan isu halal tambahan pula kesibukan umat Islam berbelanja di bulan Ramadan dan persiapan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Semalam heboh di dalam laman sosial Facebook Jerantut Kampung Ku Group yang memperkatakan tentang sebuah pasar raya di bandar ini yang menjual ayam diragui cara penyembelihan ketika operasi pemantauan Skim Harga Barang Musim Perayaan 2014.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");