Perak Hari Ini

Pemuda BN Perak Agih Kuih Raya Kepada Pengguna Lebuhraya

Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak dengan kerjasama Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mengedarkan kuih raya dan buah kurma kepada pengguna laluan itu yang mahu pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing.

Menurut Ketuanya, Hairul Anwar Mohd Nor, sumbangan itu bertujuan meraikan pengguna lebuh raya yang ingin pulang ke destinasi masing-masing sempena ketibaan 1 Syawal, Isnin nanti.

“Sukarelawan BN Youth dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) hari ini bersama-sama berganding tenaga memberikan sumbangan kepada pengguna lebuh raya yang ingin pulang beraya di kampung halaman masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan kuih raya di Plaza Tol Ipoh Selatan, petang tadi.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Insfrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Jelasnya, melalui program seumpama itu, pihaknya dapat bertegur sapa dan beramah mesra dengan pengguna lebuh raya yang kebanyakannya dari selatan menuju ke utara termasuklah di kalangan anak Perak sendiri.

Hairul Anwar turut berharap supaya semua pengguna jalan raya memandu dengan lebih berhati-hati dan sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.

bn perak

“Semua pengguna jalan raya perlulah mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan untuk menggelakkan sebarang kemalangan yang meragut nyawa,” tegasnya lagi.

Tambahnya lagi, setiap pengguna jalan raya juga perlu menjaga tatasusila dengan sebaik-baiknya serta bertolak ansur dengan pengguna yang lain.

“Paling penting adalah memastikan keselamatan keluarga tersayang supaya keluarga selamat sampai ke kampung halaman masing-masing,” ujarnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");