Berita Hari Ini

Aidilfitri kukuh perpaduan ketika negara bersedih

mah siew keong

KUALA LUMPUR – Aidilfitri tahun ini dilihat dapat mengukuhkan lagi persaudaraan dan perpaduan kaum ketika negara sedang diselubungi kesedihan berikutan beberapa peristiwa hitam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong berkata rakyat Malaysia perlu terus tabah dan memperjuangkan konsep itu bukan sahaja demi negara ini, tetapi juga untuk manusia sejagat.

“Tanggungjawab untuk membangunkan Malaysia terletak di bahu kita semua. Sikap sinis dan negatif tidak mempunyai tempat dalam masyarakat kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mah selaku Presiden Gerakan juga mewakili parti itu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada umat Islam di Malaysia dan berharap sambutan pada tahun ini membawa makna yang lebih istimewa kepada mereka. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");