Sukan Hari Ini

Hadiah untuk negara, keluarga

woh poh san

“saya amat gembira dan bangga dengan kejayaan ini. Saya hadiahkan keduadua pingat ini untuk negara,” demikian reaksi Wong Poh San sejurus memenangi perak dan gangsa dalam acara riben serta gelung individu, semalam.

Kejayaan itu menyaksikan gimnas berusia 17 tahun itu membawa pulang satu perak dan dua gangsa keseluruhan selepas turut memenangi gangsa dalam acara berpasukan. Namun, harapannya memenangi satu lagi pingat berkecai apabila menduduki tempat keempat dalam individu keseluruhan.

Namun, kejayaan itu menyaksikan koceknya bakal kembung dengan lebih RM60,000 hasil Skim Hadiah Kemenangan (SHAKAM) Majlis Sukan Negara (MSN) yang menyaksikan akan menerima ganjaran RM40,000 untuk perak yang dimenangi, gangsa (RM20,000) dan berkongsi RM20,000 lagi untuk gangsa berpasukan bersama Amy Kwan Dict Weng dan Fatin Zakirah Zain Jalany.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");