Membawang Hari Ini

Pilu kenang nasib MH17

che ta 1

Kemeriahan Aidilfitri kali ini sedikit suram berikutan tragedi MH17. Ia meninggalkan impak besar di hati masyarakat dunia, khususnya Malaysia dan mereka yang terbabit dalam nahas mengorbankan 298 nyawa, sekali gus mencatat rekod tragedi paling buruk sejarah penerbangan setakat ini.

Kesedihan itu turut dirasai dua selebriti terkenal tanah air, Fasha Sandha dan Rozita Che Wan yang digandingkan sebagai penghias muka depan SELEBRITI edisi lebaran.

Kedua-duanya digandingkan kerana sama-sama berdebar menanti kelahiran cahaya mata. Ini adalah anak kedua Fasha manakala Che Ta anak pertama dengan Zain Saidin.

Akui Fasha, dalam bergembira meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, terselit rasa pilu di hati. Saat mengetahui tragedi mengejutkan itu, air mata Fasha mengalir laju.

Kesedihan itu turut dikongsi bersama suami, Rizal Ashram Ramli. Biarpun tiada pertalian darah, pasangan ini dapat merasai penderitaan ditanggung keluarga mangsa.

“Sebagai rakyat Malaysia, tentu saya terkesan dengan apa yang berlaku. Sebelum ini kita digemparkan dengan tragedi kehilangan MH370 dan selang beberapa bulan kemudian, MH17 ditembak hingga meragut nyawa semua penumpang dan kru kapal.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");