Isu Panas

Status ‘Janji Dicapati’ biadab

janji dicapati biadap

Polis diminta menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook (FB), Janji Dicapati berikutan status menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik kelmarin.

Naib Presiden Alumni Belia 4B Selangor, Abdul Rahman Nordin, berkata status berkenaan dianggap terlalu melampau kerana menggunakan perkataan kesat yang ditujukan kepada Sultan dan dilihat seolah- olah hendak mempermain- mainkan institusi Raja Berperlembagaan.

“Status berkenaan terlalu biadap dan menderhaka kepada Tuanku Sultan malah ia ada unsur hasutan meminta rakyat tidak mendoakan kesejahteraan baginda.

“Sekiranya perkara ini dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan, lebih ramai lagi yang akan bersikap biadap. “ Kita mahu individu tidak bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Klang selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Klang Selatan, di sini, semalam.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");