Jenayah

Ibu maut ditetak

jenayah gmbr hiasan

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga emas mati dipercayai ditetak anak perempuannya di sebuah rumah kedai di Jalan Sentul, di sini, pagi kelmarin.

Mangsa yang berusia 74 tahun itu ditemui terbaring di atas tilam di dalam bilik tidurnya dengan keadaan berlumuran darah oleh seorang lagi anaknya kira-kira jam 10.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu selepas pengadu menghubungi talian kecemasan selepas mendapati ibunya tidak sedarkan diri.

“Pengadu seorang wanita berusia 30-an memberitahu kakaknya yadipercayai kurang siuman memukul ibunya hingga mati di rumah mereka di tingkat empat sebuah rumah kedai.

“Hasil pemeriksaan pasukan forensik di lokasi kejadian menemui mangsa sudah meninggal dunia dalam keadaan telentang di atas tilam di dalam bilik tidur di rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, terdapat kesan tikaman dipercayai menggunakan senjata tajam pada bahagian kiri muka mangsa selain kesan luka dan calar pada badan dan tangan.

Katanya, polis menahan anak mangsa berusia 45 tahun untuk membantu siasatan kerana membunuh.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");