Membawang Hari Ini

Tabah tanpa hero

era

Kuala Lumpur: Meskipun kali pertama beraya sebagai ibu tunggal, kemeriahan Aidilfitri tahun ini tetap bermakna buat dua artis terkenal Erra Fazira dan Izreen Azminda Aznam apabila dapat meraikannya bersama anak tunggal masing-masing.

Bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu gembira menyambut hari raya bersama anaknya Engku Aleesya, 6, apabila bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, mengerjakan umrah sejak 22 Julai lalu.

Katanya, dia lebih mengutamakan keperluan Aleesya berbanding diri sendiri, malah menyediakan empat pasang baju untuk anaknya.

“Saya menyambut Aidilfitri kali ini secara sederhana kerana ibu dan nenek saya kurang sihat. Tidak ada yang menarik mengenai hari raya tahun ini. Semuanya biasa saja. Kalau ada satu atau dua jenis kuih pun sudah cukup.

“Namun, lemang dan rendang kena ada sebab itu juadah kegemaran saya,” katanya yang ditemui selepas sidang media pelancaran filem Warna Cinta Impian di Hotel Le Meridian, di sini.

Sebaik diminta mengulas mengenai perasaan beraya tanpa suami buat kali pertama selepas perkahwinan keduanya, Erra tersenyum dan hanya memberi komen ringkas.

“Macam mana tahu ini kali pertama saya menyambut Aidilfitri tanpa suami? Teeettt… Rahsia. Saya okey,” katanya enggan mengulas lanjut.

Erra dan Engku Emran sah bercerai dengan talak satu jam 12.50 tengah hari 18 Februari lalu di depan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain.

Pasangan itu berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV itu.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");