Berita Hari Ini

Trafik ke utara perlahan, Pantai Timur lancar

plus

KUALA LUMPUR 27 Julai – Keadaan trafik dilapor bergerak perlahan di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata, trafik bergerak perlahan di Slim River ke Tapah dan kawasan mendaki di Gua Tempurung.

“Trafik juga sesak dari Jelapang menuju ke hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak,” katanya.

Menurutnya trafik bergerak lancar ke arah selatan tanah air pagi ini, termasuk dari Nilai menuju Seremban.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik di Lebuhraya Karak menuju ke pantai timur juga lancar pagi ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");