Sukan Hari Ini

Atletico Madrid Sahkan Setuju Tawaran Dapatkan Antoine Griezmann

ATLETICO Madrid mengesahkan bahawa kelab itu telah bersetuju dengan tawaran untuk mendapatkan pemain warga Perancis, Antoine Griezmann.

Griezmann yang dikatakan menarik perhatian kelab Arsenal dan Tottenham, menyertai kelab Madrid selepas merek bersetuju dengan tawaran dengan Real Sociedad, kata kelab itu di laman webnya.

Walaupun kedua-dua kelab tidak menyebut jumlah bayaran, tawaran itu dipercayai bernilai £24 juta (RM129.47 juta).

Griezmann dijangka akan menjalani pemeriksaan perubatan dalam waktu terdekat sebelum perjanjian jangka panjang bersama kelab itu dapat ditandatangani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");