Berita Hari Ini

Runtuhan universiti lambang kezalimen Israel

Kepulan asap kelihatan selepas serangan Israel di timur Gaza di sepanjang sempadan antara Israel dan Gaza City. – Foto EPA:-

SHAH ALAM – “Ketika saya melawat Universiti Antarabangsa Gaza, saya lihat ada kesan bedilan bom di sebuah bangunan di universiti itu,” demikian luahan pengalaman koordinator Projek Gaza Viva Palestin, Noorazian Anidin ketika melawat Gaza pada tahun 2011.

Selepas dibedil tentera Zionis, bangunan itu tidak lagi sesuai untuk dijadikan tempat belajar dan tidak pernah dibaiki lagi.

Jawab mereka “…..itu sebagai ingatan mereka terhadap kezaliman Israel”.

Menjelas lanjut , Noorazian berkata, ketika kejadian yang berlaku pada tahun 2008 itu, kesemua pelajar di sebelah bangunan itu sedang mengikuti kelas dan sedang belajar.

“Ketika itu, pelajar masih berada dalam kelas dan bedilan bom itu hampir mengegarkan keseluruhan universiti… Tetapi para pelajar langsung tidak gentar kerana mereka akur, Palestin adalah tanah air mereka,” katanya lagi.

Berbicara lanjut, hati Noorazian sebak, mana tidaknya tatkala ditanya kepada salah seorang pelajar, tentang keluarga dan kehidupannya di Gaza, pelajar itu mengatakan bahawa beliau kini berstatus ‘anak tunggal’.

“Saya kehilangan 11 orang adik beradik sekaligus,” kata pelajar itu dengan linangan air mata.

Dalam pada itu, Noorazian turut menyaksikan sendiri bagaimana kesusahan dan kesengsaraan penduduk Gaza dalam menjalani kehidupan seharian.

“Saya ada pengalaman menziarahi keluarga miskin yang sangat daif.. Rumah mereka berlantaikan tanah berbumbungkan langit tetapi keadaan begitu mereka tidak lupa hubungan mereka dengan ALLAH,” katanya.

Palestin sentiasa menjadi serangan Israel sejak tertubuhnya negara haram Israel, namun penduduk Palestin tetap teguh mempertahankan tanah air mereka walaupun mereka hampir setiap hari berhadapan dengan serangan tentera haram Isreal.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");