Membawang Hari Ini

Che Ta & Zain Bakal Dapat Anak Perempuan

Tahniah diucapkan kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin apabila mereka bakal dikurniakan anak perempuan.

Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh pasangan ini ketika ditemu ramah oleh Media Hiburan.

“Alhamdulillah, hasrat Che Ta yang inginkan anak perempuan tercapai. Jadi, doakan agar semuanya selamat,” ujar ringkas Zain.

Memasuki usia kandungan enam bulan, pastinya pasangan ini teruja untuk menyambut cahaya mata sulung mereka kelak.

“Dari awal sehingga kini memang kami teruja dan gembira. Rasa berdebar itu belum ada lagi, mungkin bila nak bersalin nanti. Apa pun, semoga semuanya berjalan lancar dan selamat. Dari segi persiapan, baju-baju dan kelengkapan bayi sudah disediakan. Ada yang kami beli di luar Negara, dan tidak kurang juga ada pihak yang sudi menaja,” ujar Che Ta.

Persiapan Raya

Bercerita tentang sambutan hari raya yang bakal disambut tiga hari lagi, mereka akan meraikannya di Kuala Lumpur dahulu sebelum bertolak ke Alor Setar, Kedah.

“Raya pertama di rumah mentua dulu. Raya kedua hingga kelima pula di Alor Setar. Dari segi baju raya, saya dan Zain ada dalam 10 pasang. Insya-Allah, raya ketiga saya akan mengadakan rumah terbuka,” kongsi Che Ta lagi yang mana kain bajunya ditaja oleh Jakel.

– Media Hiburan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");