Sukan Hari Ini

Luke Shaw Belum Cukup ‘Fit’ – Van Gaal

LOUIS van Gaal mengarahkan pemain baharu, Luke Shaw untuk berlatih sendiri di Manchester United berikutan pemain bernilai £28 juta (RM150.92 juta) itu masih belum cukup ‘fit’ untuk memenuhi standard yang diharapkan beliau.

Shaw, 19, menghabiskan masa dengan sesi latihan pada malam Isnin tanpa anggota pasukannya di FedEx Field di mana ia dilakukan bersama jurulatih kecergasan, Tony Strudwick.

Shaw diberitahu bahawa dia perlu mempertingkatkan usahanya dalam latihan sekiranya mahu menarik perhatian pengurus baharunya.

“Shaw ‘okay’, tetapi saya sentiasa menjadi jurulatih peribadi yang melihat pemain secara individu dan apa yang mereka perlukan,” kata Van Gaal.

“Dia perlu ‘fit’… dan dia tidak ”fit’ sangat atau tidak cukup ‘fit’ untuk melakukan apa yang saya mahu.”

“Oleh itu, dia perlu berlatih secara individu sehingga dia cukup ‘fit’. Saya tidak boleh menentukan berapa lama masa yang akan diambil, tetapi saya akan melihatnya nanti,” tambah Van Gaal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");