Jenayah

Cedera angkara mercun mat rempit

mercun mat rempit

Kuala Lumpur: Seorang pemandu kereta cedera ringan apabila sekumpulan mat rempit bertindak membaling mercun bola ke arah cermin kereta dipandu mangsa menyebabkan cermin kenderaan jenis Proton Saga itu pecah.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Ahad lalu, mangsa lelaki berusia 30 tahun dikatakan memberhentikan kenderaannya di petak kuning di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini yang mengakibatkan laluan lima mat rempit itu ‘terhalang.’

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata seorang daripada mat rempit itu kemudian mengetuk cermin kenderaan mangsa.

“Apabila mangsa keluar untuk bertanyakan mengapa cermin keretanya diketuk, seorang lagi mat rempit terus membaling mercun ke dalam kereta mangsa, mengakibatkan cermin hadapan kereta pecah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");