Laporan Eksklusif

MH17: Doakan PM dapat tangani krisis

mh17

SEMPORNA – Rakyat Malaysia diajak supaya mendoakan kesejahteraan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, 17 Julai lepas.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ketika membuat saranan itu, berkata perdana menteri telah mengambil tindakan
yang sangat berisiko dengan menghubungi kumpulan pemberontak yang mengawal lokasi kejadian di Donetsk, timur Ukraine.

Beliau berkata rundingan Najib dengan pemimpin kanan pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai, wajar diberi pujian kerana pendekatan diplomasi dengan penuh berhemah itu mampu menyelesaikan masalah awal.

Rundingan Najib itu menjadi kunci utama dalam mendapatkan kotak hitam pesawat, tuntutan mayat mangsa dan jaminan keselamatan masuk ke lokasi nahas bagi menjalankan siasatan.

“Kita juga ucapkan terima kasih banyak kepada beliau (Najib) hingga membolehkan jasad mangsa tragedi dapat dibawa keluar ke tempat selamat di
Netherlands,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini hari ini.

“Oleh itu saya meminta semua rakyat mendoakan kesejahteraan perdana menteri agar beliau terus diberi kesihatan dan kekuatan untuk menyelesaikan isu ini dan terus memimpin negara,” kata Ahli Parlimen Semporna itu.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas selepas dipercaya ditembak jatuh oleh peluru berpandu puak pemberontak di Donetsk, berhampiran sempadan Rusia.

Najib akan berlepas ke Netherlands esok untuk berbincang dengan rakan sejawatannya Mark Rutter di The Hague mengenai tindakan susulan nahas MH17.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");