Berita Hari Ini

Khidmat Perunding Tidak Dilayan – Hab Halal Jakim

hakim

PUTRAJAYA: Syarikat tempatan menanggung kerugian mencecah ribuan ringgit akibat tindakan didalangi perunding perniagaan yang juga orang tengah untuk meraih keuntungan ‘atas angin’ dalam permohonan persijilan halal.

Berdasarkan aduan yang diterima Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), orang tengah itu mendakwa dapat memudahkan urusan syarikat untuk mendapatkan sijil itu.

Secara puratanya, pada setiap bulan, hab halal menerima 100 permohonan sijil halal, antaranya membabitkan industri makanan, kosmetik, farmaseutikal, rumah penyembelihan, premis makanan, logistik dan kemudahan.

Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, kejadian itu diketahui selepas sebuah kilang tempatan melaporkan tindakan perunding itu kepada pihaknya.

“Kos yang terpaksa ditanggung syarikat mencecah ribuan ringgit, sedangkan yuran yang kita kenakan RM200 sahaja. Sebab itu pihak Jakim sedang meneliti urusan pensijilan supaya lebih sistematik,” katanya dalam pertemuan dengan mStar Online, baru-baru ini.

Berikutan tindakan tidak bertanggungjawab perunding terbabit, katanya, mulai Ogos ini, pihaknya akan hanya berurusan dengan syarikat yang mengemuakan permohonan sijil halal kepada Jakim sahaja.

“Mulai tempoh itu juga penerangan berkaitan kaedah sebenar permohonan sijil halal hanya diberikan kepaa pemain industri yang wajib berurusan terus dengan kami,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kes penipuan itu, beliau berkata, walaupun maklum mengenai kejadian itu, tindakan tidak dapat diambil kerana Jakim tidak mempunyai bidang kuasa berbuat demikian.

“Kita akui ada terima aduan daripada industri, namun perunding ini tidak ada kena-mengena dengan kita. Ini soal industri dan perunding itu sendiri,” katanya.

Seharusnya, kata Hakimah, syarikat yang ingin memohon sijil halal Jakim meneliti latar belakang perunding tersebut bagi mengelak ditipu.

“Syarikat boleh menggunakan khidmat perunding, Jakim tidak pernah menghalang, mungkin dalam soal mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan proses mendapatkan sijil halal atau mengeluarkan produk halal.

“Pihak kami memang tidak ada masalah, tetapi untuk mendapatkan sijil halal syarikat perlu kemukakan permohonan terus dengan Jakim,” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");