Sukan Hari Ini

Azizul janji tingkat tahap kayuhan

azizul 1

Glasgow: Azizulhasni (gambar) Awang memerlukan peningkatan 10 peratus lagi untuk mencabar jaguh lain.

Itu pendapat jurulatih John Beasley selepas menyaksikan pelumba negara itu tewas tipis pada final keirin, kelmarin.

Azizul memenangi pingat gangsa dengan emas milik Matthew Glactzer dari Australia dan perak pelumba New Zealand, Sam Webster.

“Kata-kata Beasley itu benar kerana saya perlukan pecutan tambahan 50 meter terakhir untuk menang pingat emas, tapi saya tidak mampu melakukan pecutan itu,” katanya.

Untuk itu program Beasley adalah membawa pelumbanya meneruskan latihan di Jerman dan tidak pulang ke tanah air meraikan Aidilfitri.

“Ini pengorbanan kami semata-mata untuk siap sedia menghadapi Sukan Asia Incheon, September ini.

“Sedih memang ada kerana tidak dapat beraya dengan keluarga terutama anak kecil saya Amna Maryam yang kini bersama keluarga di kampung,” katanya.

Mengulas perlumbaan itu, Azizul mengakui ia cukup getir kerana dia berlumba sendirian selepas Josiah Ng gagal ke final.

Dia terpaksa menghadapi tiga pelumba Australia dan dua New Zealand yang bijak memasang strategi.

“Saya berjaya memecah perangkap Australia ketika pusingan akhir dan bila hampir sampai ke garisan penamat, Matthew dan Sam cuba menutup ruang, tapi saya berjaya mencelah di tengah mereka.

“Bila melihat photo-finish, kami bertiga cukup rapat hanya tayar basikal saja menentukan kemenangan.

“Sekalipun hanya gangsa, saya gembira dapat menghadiahkan pingat buat negara dan saya berazam untuk mempertahankan pingat emas di Incheon nanti,” tegasnya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");