Laporan Eksklusif

‘Lid…lid…’

anak mh17

Putrajaya: “Setiap kali gambar arwah suami dipaparkan di televisyen, anak kedua akan memanggil, lid… lid (walid) beberapa kali. Anak saya memang dalam proses belajar menyebut perkataan ‘walid’ (ayah),” kata Madiani Mahdi, 42, iaitu isteri Shaikh Mohd Noor Mahmood, 44, kru kabin pesawat Penerbangan Malaysia MH17.

Menurutnya, bukan itu saja, Siti Darwysha Zulaika yang berusia dua tahun itu kadangkala sukar tidur sejak akhir-akhir ini.

“Zulaika sukar tidur terutama pada waktu malam berbanding sebelum ini.

“Dia seolah-olah mahu menyatakan sesuatu (perasan rindu), namun dia tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan Kediaman Rasmi Perdana Menteri Seri Perdana, di sini, kelmarin.

Madiani hadir ke Seri Perdana bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertemu waris penumpang dan kru kabin MH17 dan MH370 di kediaman rasmi berkenaan.

Majlis itu diadakan pada 1 Syawal kelmarin secara tertutup tanpa liputan daripada pihak media.

Madiani yang juga pramugari MAS berkata, sepanjang pertemuan itu, Najib turut memberi semangat kepada waris terbabit supaya tabah dan sabar menghadapi dugaan berkenaan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");