Laporan Eksklusif

‘Tambi suka lokan masak kari’

tambi

Kuching: “Tambi suka makan lokan (kepah) masak kari. Sayu hati saya bila mengenangkannya kerana sepatutnya di Aidilfitri ini, kami menempah lokan, sotong, ketam dan ikan segar untuk dihidangkan kepada Tambi bersama isteri dan anaknya,” kata Horiah Jiee, 51, kakak kepada Tambi Jiee, 48, yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 di timur Ukraine, 17 Julai lalu.

Selain Tambi turut terbunuh dalam tragedi itu isterinya, Ariza Ghazalee, 46, serta empat anak mereka, Muhamad Afif, 19, Muhamad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhamad Afruz, 13.

Horiah berkata, ketika berita kepulangan Tambi sekeluarga pada Aidilfitri ini dimaklumkan kepada mereka, suaminya, Yakub Tareh, 48, sudah membuat tempahan makanan laut itu dengan penduduk dan penjual makanan laut.

“Biasanya begitu kami akan tempah dulu, apabila mereka sampai kami akan ambil tempahan dan memasaknya untuk Tambi, Ariza dan anak-anaknya.

“Kadang-kadang saya terkenang kembali saat mereka anak-beranak menjamu selera menikmati makanan laut kegemaran mereka, saya jadi benar-benar sedih apabila teringatkannya,” katanya ketika di temui di rumahnya di Kampung Goebilt, di sini, semalam.

Setiap kali sambutan hari raya, selepas solat Aidilfitri Tambi lazimnya akan menziarahi pusara kedua ibu bapa mereka.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");