Berita Hari Ini

Dua lagi KR1M di Kelantan

KR1M

KOTA BHARU – Dua lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dirancang dibuka masing-masing di Machang dan Gua Musang tahun ini dalam usaha memenuhi permintaan tinggi daripada penduduk luar bandar.

Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan Ab Ghani Harun berkata cadangan mewujudkan dua KR1M itu kini menunggu kelulusan kementerian.

“Kedai Rakyat 1Malaysia mampu meringankan beban perbelanjaan masyarakat tempatan sejak diperkenalkan di negeri ini pada 2012,” katanya kepada Bernama di sini.

Setakat ini, terdapat lima KR1M di negeri ini iaitu dua di Kota Baharu, masing-masing sebuah di Jeli, Tanah Merah dan Tok Bali di Pasir Puteh.

Ab Ghani berkata pelbagai barangan keperluan pengguna dijual pada harga rendah dengan kualiti yang sama, cuma berbeza dari segi pembungkusan.

Sementara itu, suri rumah Shamsiyah Deraman, 46, berkata KR1M menjimatkan perbelanjaan hariannya.

“Barangan di sini murah dan berdekatan dengan rumah saya… kualiti barangannya juga sama seperti di pasar raya.

“Apa yang penting wang yang disediakan untuk perbelanjaan dapur masih mempunyai baki untuk disimpan,” kata wanita itu yang tinggal di Padang Tembak di sini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");