Jenayah

Pak cik mati sujud

meninggal 1

Dungun: Kegembiraan sanak-saudara yang datang menziarahi rumah bapa saudara mereka di Aidilfitri bertukar duka apabila warga emas itu ditemui mati dalam keadaan sedang bersujud di rumahnya di Kampung Teluk Lipat, di sini, kelmarin.

Ambak Mohamad, 82, ditemui meninggal dunia oleh anak saudaranya jam 5.30 petang.

Allahyarham yang tinggal bersama isteri dan anak angkat dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau ketika ditemui.

Anak saudara Allahyarham, Zulkfli Harun, 58, berkata, isteri dan anak angkat mangsa mengalami masalah mental dan kerana itu tidak menyedari warga emas berkenaan sudah meninggal dunia.

“Allahyarham ditemui meninggal dunia atas sejadah dengan memakai kain pelekat di dalam sebuah bilik di rumahnya dan dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");